Program Jelajah Made in Selangor 2018

Program Jelajah Made in Selangor 2018

Program Jelajah Made in Selangor 2018Program Jelajah Made in Selangor telah membawa kami (Dhuha Tensai Resources) ke Melaka pada 30 November 2018 – 2 Disember 2018. Program ini telah berlangsung di AEON Mall Bandaraya Melaka.

Sebagai peserta Program Jelajah Made in Selangor (MIS) ini, kami berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak kerajaan Selangor yang telah memberi peluang kepada kami untuk mempromosikan produk keluaran kami iaitu DokiDoki Okonomiyaki (Pizza Halal Jepun), Sos DokiDoki Serbaguna, dan juga DokiDoki Pizza Jepun Frozen.

Sambutan Menggalakkan.

Program Jelajah Made in Selangor 2018Program Jelajah Made in Selangor ke Melaka pada kali ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan daripada para pengujung AEON Mall Bandaraya Melaka. Para pengunjung berpusu-pusu ke pusat dan gerai pameran di pentas utama tanpa mengira bangsa dan agama.

Sambutan menggalakkan ini telah berjaya mempromosikan produk kami iaitu DokiDoki Okonomiyaki dan juga Sos DokiDoki Serbaguna. Sebagai peserta Program Jelajah Made in Selangor di AEON Mall Bandaraya Melaka ini, kami berterima kasih kepada pengunjung-pengunjung booth kami yang berada di hujung kiri pentas utama.

Pizza Halal Jepun Okonomiyaki.

Program Jelajah Made in Selangor 2018Untuk pengetahuan semua, pihak kami telah mengetengahkan masakan kegemaran Jepun iaitu Okonomiyaki.  Okonomiyaki yang bermaksud bakar ikut suka hati atau dalam erti kata yang mudah dipanggil pizza Jepun berjaya menarik minat pengunjung ke booth kami.

Rata-rata, pengunjung booth kami tidak mengetahui atau tidak pernah merasai pizza Jepun Okonomiyaki ini. Ramai juga yang keberatan untuk merasainya pada mulanya. Namun, setelah merasai dan mencuba Okonomiyaki kami, ramai tertarik dengan kelazatan hidangan okonomiyaki ini.

Tidak kurang juga, ramai pengunjung yang kembali semual ke booth kami untuk menempah kembali pizza Jepun kami. Tidak kurang juga yang kembali untuk membeli sos DokiDoki Serbaguna yang dihasilkan kami untuk digunapaki sebagai sos Okonomiyaki.

Ramuan Pizza Halal Jepun Okonomiyaki.

Untuk anda yang pertama kali mendengar tentang Pizza Jepun atau Okonomiyaki, kami ingin memperkenalkan anda serba sedikit tentang ramuan yang digunakan untuk menghasilkan Pizza Jepun ini. Terdapat 2 jenis ramuan untuk menghasilkan Pizza Jepun yang lengkap. Pertamanya, ramuan untuk doh pizza dan yang kedua, ramuan untuk toping pizza.

Bagi menghasilkan doh pizza Jepun ini, ramuan yang digunakan adalah:-

  • Tepung campuran,
  • Kobis,
  • Bawang besar,
  • Lobak merah,
  • Susu sejat, dan
  • Telur.
Kesemuanya perlu diuli dan diadunkan dengan perisa yang diingini. Perisa yang biasa digunakan dalam satu-satu doh pizza Jepun adalah sotong, ketam, ayam atau daging. Seterusnya, bagi menghasilkan toping pizzanya pula, ramuan yang digunakan adalah:-
 
 Namun, ramuan toping ini perlu diletakkan sau persatu bermula dari sos dokidoki okonomi, diikuti dengan Mayonis ala Jepun, kepingan ikan dan akhirnya ditaburkan serbuk rumpai laut di atasnya. Sajian pizza Jepun Okonomiyaki ini boleh terus dimakan.
 

Kelazatan Sos DokiDoki Okonomi Buatan Kami.

Tidak cukup dengan itu, kelazatan pizza Jepun kami yang menggunakan Sos buatan sendiri yang halal berjaya mendapat pujian daripada pengunjung booth kami yang gemar dengan masakan Jepun.

Selain daripada menggunakan bahan-bahan asli dan halal, sos ini juga dibuat menepati piawaian pengilang untuk mendapatkan hasil produk yang bersih dan bermutu. Sos DokiDoki Okonomi Serbaguna ini juga telah diuji rasa bersama takoyaki, dimsum, yong taufu, ayam goreng dan western food. Dalam erti kata lain, sos ini juga enak digunakan sebagai pencicah makanan anda.

Slot Demo Masakan di Pentas Program Jelajah Made In Selangor AEON Bandaraya Melaka.

Sepanjang 3 hari berkampung di AEON Mall Bandaraya Melaka, pihak kami juga telah dijemput untuk mengisi slot masakan kepada pengunjung. Slot masakan ini telah dilakukan sebanyak 2 kali pada hari yang berbeza iaitu 1 Disember 2018 dan 2 Disember 2018. 

Program Jelajah Made in Selangor 2018Pada slot masakan yang pertama, Puan Rosila Mohd Rosidi yang merupakan pengasas kepada Dhuha Tensai Resources telah menunjukkan demo untuk menghasilkan Pizza Jepun Okonomiyaki dengan menggunakan Sos DokiDoki Okonomi Serbaguna. Slot ini telah berjalan dengan baik dan sempurna. Pengunjung tapak booth di AEON Mall Bandaraya Melaka terhibur dengan celoteh Puan Rosila dalam bahasa Jepun.

Manakala slot masakan kedua pada 2 Disember 2018, telah menampilkan sekali lagi Puan Rosila Mohd Rosidi sebagai pemudah cara. Kali ini, slot masakan dipelbagaikan dengan menghasilkan takoyaki, dimsum dan ikan panggang menggunakan Sos DokiDoki Okonomi Serbaguna. Malah, pengunjung diberi peluang untuk merasa dan menikmati terus hidangan lazat masakan Jepun ini dengan menggunakan Sos DokiDoki Okonomi.

Penghargaan Kepada Penganjur Program Jelajah Made in Selangor 2018.

Program Jelajah Made in Selangor 2018Pihak Dhuha Tensai Resources ingin merakamkan ucapan jutaam terima kasih kepada pihak penganjur Program Jelajah Made in Selangor, AEON Mall Bandaraya Melaka yang telah memberikan peluang kepada pihak kami untuk mempromosikan produk makanan halal Jepun kami.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan usahawan yang lain, yang turut sama menjayakan Program Jelajah Made in Selangor 2018 ini. Selamat maju jaya kepada semua!

Share Kepada Kenalan Anda

Pakar Dalam Penyediaan Pizza Jepun Okonomiyaki dan Sos DokiDoki Serbaguna

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Comment