NBME-Agrobazaar Online Challenge 2019

NBME-Agrobazaar Online Challege

Pihak Dhuha Tensai Resources – DokiDoki Okonomiyaki telah berjaya melayakkan diri untuk menyertai NBME-Agrobazaar Online Challenge 2019. Untuk pengetahuan anda, NBME-Agrobazaar Online Challenge 2019 ini merupakan program di bawah kelolaan FAMA. Program ini turut disertai oleh 10 lagi syarikat produk tempatan.

Kenali AgroBazaar Challenge

AgroBazaar Online Challenge merupakan sebahagian daripada aktiviti New Breed Marketing Entrepreneur (NBME) iaitu merupakan satu program baru dibawah MYAGROSIS yang melibatkan perniagaan atas talian, lanya dirangka untuk memberi pendedahan kepada golongan muda yang kekurangan pengalaman dan modal untuk menceburi bisnes online dan pemasaran online.

NBME menggunapakai konsep Reseller/Dropship Agent dan menggunakan portal Agrobazaar Online (agrobozaar.corm.my) sebagai platform jualan secara atas talian.

Para pelajar akan dipilih dan akan disuaipadankan dengan usahawan yang mendaftar di dalam portal Agrobazaar Online. Perjanjian persefahaman antara peserta dan usahawan diwujudkan meliput perkara sepert komisen, stok bekalan , penghantaran, latihan dan pembangunan usahawan .

Peserta seterusnya menjalankan perniagaan dan mempromosikan barangan usahawan sama ada melalui pemasaran digital atau pemasaran konvensional.

Bila Agrobazaar Online Challenge Bermula

Agrobazaar Online Challenge diadakan sebanyak 2 kali (2 Semester) setahun. Melalui Agrobazaar Online Challenge ini, FAMA mensasar jualan sebanyak RM 10 Juta yang meliputi dua semester dengan jangkaan penyertaan seramai 13,000 di 112 IPT di dalam negara. Setiap pelajar disasarkan menjual sekurang-kurangya sebanyak RM1000 bagi setiap satu semester.

Share Kepada Kenalan Anda

Pakar Dalam Penyediaan Pizza Jepun Okonomiyaki dan Sos DokiDoki Serbaguna

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin