DokiDoki Okonomiyaki Dalam Liputan Akhbar Utusan Malaysia

DokiDoki Okonomiyaki Dalam Liputan Akhbar Utusan Malaysia

Liputan Akhbar DokiDoki OkonomiyakiTanggal 1 Januari 2019, Perniagaan kami iaitu DokiDoki Okonomiyaki telah berjaya mendapat liputan akbar di dalam ruangan usahawan. Liputan akhbar ini dibuat oleh Utusan Malaysia. Liputan akhbar ini turut dimuatkan dalam Utusan Online pada 2 Januari 2019. Dengan liputan sebegini, ia memberi inspirasi kepada syarikat kami untuk terus lebih maju dalam industri makanan pada tahun 2019 ini.

Cabaran Mencari Bahan Halal Pizza Jepun.

“Bukan mudah untuk kita mulakan sesuatu yang baharu dalam pasaran. Okonomiyaki ini mungkin telah ada dalam pasaran di pelbagai pasar raya. Namun begitu, kita tidak tahu kualitinya. Produk piza kami me­nggunakan kepingan isi ikan bonito yang dijamin halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Cabarannya, kami perlu mencari bahan yang halal dengan kos berpatutan. Bahan yang kami guna ini dua kali ganda harganya berbanding produk Taiwan dan China. Tetapi dari segi kualiti dan pensijilan halalnya terjamin,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Rencah Utama Pizza Okonomiyaki

Pizza Jepun Halal Malaysia“Rencah utama piza ini datang daripada lapisan tambahan iaitu sos hitam, kepingan bonito, mayonis dan serbuk rum­pai laut. 

Malah, sos yang kami hasilkan ini bukan sahaja boleh digunakan untuk penyediaan Okonomiyaki semata-mata tetapi juga sebagai sos barbeku, pencicah dimsum dan yong tau fu,” katanya.

Memperluaskan Perniagaan Pizza Jepun.

Pada tahun 2019 ini, kami berhasrat untuk memperluaskan perniagaan kami secara menyeluruh menggunakan saluran online di doki2u.com. Pembukaan premis juga telah dirancang dan bakal dilaksanakan untuk beberapa lokasi strategik. Malah, kami juga mempelawa individu ataupun syarikat yang ingin menjadi rakan francais kami untuk membuka perniagaan DokiDoki Pizaa Jepun Okonomiyaki di kawasan mereka. Jika berminat, anda boleh menghubungi kami di talian 012-3717358 untuk perbincangan selanjutnya.

Share Kepada Kenalan Anda

Pakar Dalam Penyediaan Pizza Jepun Okonomiyaki dan Sos DokiDoki Serbaguna

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Leave a Comment